Ahad, 16 Februari 2014

Pasar Karat Stadium Shah Alam (Hari Ahad Sahaja)

Pasar pagi ni beroperasi cuma hari ahad je.berdekatan dengan stadium melawati ngan giant .kat sini macam macam yang dijual dari barang basah sampailah barangan kering.kalau korang datang naik kenderaan sendiri korang kene lah parking kat tempat yg MBSA sediakan kalau tak mungkin korang akan disaman oleh MBSA/Polis trafik .kalau korang nak tahu mana tempat dibenarkan parking ko pegi la carik mbsa pastu tanya diorang nih.diorang ni semua sangat ramah .yg bawak moto pun kena hati2 kadang2 moto pun diorang saman tau.
Okeyhh.waktu operasi pasar karat ni adalah dari pukul 7.00 sampai la matahari tegak kat atas kepala iaitu pukul 1 petang .kat sini sangat lah panas beb.(aku tau sebab aku pun niaga kat sini)
Okey lah,kalau korang nak tau apa benda yg ada kat sini korang usha2 la kat sini.macam macam ade.segalanya.hahaha.aku malas taip panjang panjang.panas laa.ishh

Jumaat, 14 Februari 2014

PowerBank Tiruan

Kali ni nak share pasal powerbank tiruan pulakk.powerbank sekarang ni dah berlambak lambak dijual di shopping2 kompleks,pasar pasar malam,di blog blog pun ada.kat mudah pun ada jugak.dari yang mahal sampai la yg paling murah.hmm,dari segi kualiti memang la yg mahal tu berkualiti kan.
Korang jangan mudah percaya dengan penjual2 powerbank ni sbb kadang kadang ada powerbank yg langsung takde kualiti.tak guna beb kalau korang beli yg murah tapi langsung tak berkualiti.sebelum korang beli powerbank tu baik korang selidik latarbelakang si penjual powerbank ni.kukuh ke tak kukuh company ni.berapa lama waranty yg diorang boleh bagi.aku sendiri ada powerbank 20000 MAH sebijik macam ni tapi takde la sampai diletakkan pasir dalam dia.haha,kat bawah ni ada pic powerbank tiruan yg aku tibai dari blog lain.mintak maaf la owner blog tu yer.

Aksesori/Powerbank Telefon Murah

Hah,korang korang yang stay area KL tu mesti tahu Uptown Danau Kota kan.kat sini ada sebijik kedai aksesori telefon yg menjual cover2,screen protector untuk pelbagai jenis gadjet gadjet.haha.memang murah gile la kat sini.lagi satu memory card,power bank yg diorang jual memang berkualiti .pastu pekerja diorang pun sangat lah ramah .so,kalau korang nak,carik apa jenis aksesori telefon,powerbank,memory card dan apa pun korang datang lah kat kedai diorang ni.haha.harga yg diorang bagi conform terbaik,termurah.
*psstt,yg tengah promote barang tu jangan nak ayat pulak aku sepak kau nanti.

Khamis, 13 Februari 2014

Sambutan Hari Kekasih Salah Di Sisi Islam



Oleh Mohd Hariri Bin Haji Mohamad Daud, (Panel Penulis Luar Jakim), Majalah Cahaya keluaran Februari 2009.Tarikh 14 Februari setiap tahun menjadi tarikh yang ditunggu-tunggu oleh pasangan bercinta sebagai hari untuk memperingati dan meluahkan cinta sejati kononnya kepada pasangan masing-masing. Amalan songsang seperti ini sudah menjadi taqwim tahunan remaja dan semestinya penganut agama Kristian. Lantas, remaja Islam di Malaysia diseru agar tidak terpengaruh dan meraikan sambutan Hari Kekasih (Valentine Day) yang disambut pada 14 Februari ini. Sudah jelas bahawa sambutan Hari Kekasih ini salah di sisi agama Islam dan bercanggah dengan aqidah Islam itu sendiri.Perbuatan untuk meraikan sambutan Hari Kekasih amat bercanggah dengan syara’ kerana ianya mempunyai unsur kepercayaan agama kristian dan menjurus kepada kebobrokkan akhlak. Selain itu, sambutan yang tidak berfaedah ini dirai dengan penuh adegan maksiat seperti berdua-duaan, berpeleseran hatta membawa kepada perbuatan seks bebas. Hari yang dianggap “hari berbulan madu” bagi remaja sehingga mereka sanggup menggadaikan maruah demi membuktikan cinta mereka kepada kekasih masing-masing. Sesungguhnya budaya meniru budaya barat yang terpesong dan mencampurkan perkara aqidah mengikut kepercayaan agama lain adalah salah di sisi Islam.Dalam erti lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agama Islam dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud “Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (Surah Al-Kafirun ayat 1-6 )Nabi SAW dengan tegas telah melarang kita daripada meniru budaya Yahudi dan Nasrani dalam hadis yang bermaksud, “Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.”Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah menyatakan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 1/2006 pada 21 Februari 2006 telah memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam”.Para mufti di Malaysia juga telah bersepakat untuk memutuskan bahawa amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam seperti yang dibincangkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 yang lalu.Melalui sejarah Valentine, jelas ianya dapat disabitkan dengan budaya Kristian yang menyatakan Valentine’s Day bermula dari kematian tragis seorang Paderi yang bernama St. Valentine yang dibunuh oleh seorang Raja Romawi yang bernama Raja Claudius pada II (268-270M ).Bermula dari kisah ini mereka telah mengabdikan St. Valentine sebagai seorang tokoh yang hebat dalam mempertahankan cinta dan dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup. Maka, 14 Februari dijadikan sebagai hari perlambangan dalam memperingati kematian St.Valentine dan dianggap sebagai upacara keagamaan masyarakat Kristian.Justeru, Islam menyeru seluruh umat Islam khususnya remaja-remaja Islam agar tidak meraikan sambutan Hari Kekasih dan menghindari perkara-perkara yang boleh membawa kepada sikap untuk meraikannya. Berikut adalah sikap-sikap yang perlu dihindari oleh remaja Islam pada Hari Kekasih :1- Sikap untuk keluar berfoya-foya sesama kekasih dan mengadakan majlis untuk menyambut hari tersebut dengan mengadakan parti atau majlis seumpamanya.2- Menghantar kad-kad ucapan yang tertera kata-kata Valentine Day dan pada kad-kad tersebut terdapat gambar pari-pari yang mempunyai dua sayap yang menjadi simbol kepercayaan agama kristian.3- Menulis ucapan kata-kata cinta di dalam kad yang diutuskan dengan menyatakan keinginan cinta kepada kekasih kerana ianya juga sikap mempamerkan rasa gembira dan percaya akan hari tersebut.4- Kebanyakan negara-negara Barat, parti-parti diadakan sempena hari tersebut disambut dengan pesta seks dan tari-menari. Kebanyakan mereka menghantar hadiah-hadiah seperti bunga ros dan sekotak coklat kepada sesiapa yang mereka cintai.5- Menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada kekasih untuk meluahkan rasa sayang bersempena dengan Hari memperingati kekasih (Valentine Day) sebagai tanda percaya akan “keajaiban” hari tersebut.Namun, segelintir pihak sanggup menaja majlis sambutan Hari Kekasih dan menjual barang-barang cenderahati untuk mempengaruhi remaja memperingati hari tersebut sehingga mengheret ke lembah makisat. Ironinya, remaja menganggap sambutan ini sebagai simbol kecintaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada pasangan. Islam melarang umatnya berlebih-lebihan dalam bercinta sehinggakan sanggup menyerahkan maruah kepada pasangan yang dicintainya.Sesungguhnya perbuatan ini juga bercanggah dengan syara’ kerana ianya juga menyumbang berlakunya perkara maksiat dan zina. Firman-Nya:“ Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang membawa kepada kerosakan.” 9Surah Al-Isra’ ;32)Ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting untuk mengawasi anak-anak mereka agar tidak meraikan hari tersebut dan melalukan perkara-perkara yang tidak mendatangkan manfaat. Selain itu, pihak pentadbiran sekolah dan institusi pengajian tinggi juga agar lebih proaktif untuk memastikan tidak wujud program sambutan kepada hari tersebut serta aktiviti bertukar-tukar bunga ros, kad-kad ucapan dan sebagainya.Secara kesimpulannya, Islam memberi garis panduan yang jelas dan membenarkan hubungan kasih sayang sesama manusia dalam kerangka syariat. Hubungan kasih sayang kepada ibu bapa, sahabat dan sesama masyarakat boleh dilakukan setiap hari dan tujuh golongan manusia yang akan mendapat lindungan `Arasy ialah salah satunya mereka yang berkasih sayang ( bertemu dan berpisah ) kerana Allah SWT.Firman Allah SWT : 'Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja) dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal.' Surah al-Ghaafir: 39

Operasi basuh sangkar Glider yang busuk




Haaa.pagi ni aku rajin sikit sebab teringin pulak membasuh sangkar dengan menukar Wood beeding untuk sangkar sugar glider aku sebab dah berbau busuk.hehe,aku nak tido sampai termimpi2 bau busuk sugar glider aku ni.haha.hah.ni pic sebelum aku basuh.korang ade bau tak??ade kan.busuk sangat.yang tak bela binatang ni mesti cakap alololo comeinye.hakikatnye haha.adehh.aku sental je sumenye dengan sabun basuh baju.pastu letak wood bedding ni yang baru.settle.tada susah.





hah,lepas tu aku masukkan dia punya rumah yg kaler merah tu kat dalam mesin basuh n tunggu sampai besok nak jemur.kalo letak basah basah kang kembung lak perut natang aku nih.
kat bawah ni pic sangkar diorang yang dah wangi haha.diorang cakap terima kasih doh kat aku.r
rumah dia plak besok baru aku masukkan.padan muke tido la ko luar malam ni.haha.


lepas je settle n menunggu rumah dia kering aku dah pun siap membancuh HPW diorang ni.epal pun aku dah topup.and lagi satu air mineral pun dah letak.sekarang time aku untuk tido plakk..yeayy.tido tanpa berbau busuk lah aku malam ni .
kat bawah ni ade video dua ekor ni time kecik.nak tengok korang klik lahh.time ni baby lagi ni.


Taktik buat duit dengan Weeklypay

Korang yang bijak bijak kat luar tu mesti pernah dengan tentang taktik buat duit cara senang kan.korang cuma perlu share link link yang diorang bagi pastu korang akan dibayar untuk setiap klik.senag kan??
tapi jangan tertipu lah dengan helah diorang ni sebab diorang takkan membayar satu sen pun kat korang tapi diot\rang akan menibai kredit telefon anda sampai habis.korang tak caye ke?aku dah pun terkena.punya lah bersemangat aku share link link diorang bagi tu kat fb,twiter n whataver.katanya selepas duit dalam akaun ada usd 300 dan keata korang boleh keluarkan duit tu.haha.usd300 kalau tukar duit malaysia berapa dah.kira la sendiri.jangan buang masa korang dengan benda yang buang masa ni ok.aku share ni sebab taknak korang tertipu dan buang masa korang.ni bukti aku punya akaun weeklypay nihh.haha.sekadar bagi info k.kalau salah korang perbetulkan lah aku.banyak lagi link link yang membuang masa macam ni.tapi yg ni tengah hot sekarang kann.hehe.yang pastinya benda ni adalah sangat mengarut ok.takkan lah senang senang nak dapat duit kan..

Rabu, 12 Februari 2014

Jangan tertipu membeli Pendrive/MemoryCard Tiruan

Haaa..topik ni agak panas memandangkan aku sendiri pun meniaga jugak.tapi korang jangan tersilap ok.aku meniaga pakaian perempuan takde kena mengena dengan pendrive tiruan tu.hehe.sebut pasal pendrive ni takkan la korang tak kenal kot kan.aku ada terbeli pendrive tiruan dengan harga RM 20 dengan kapasiti penyimpanan data dia 64 GB.pendrive ni aku beli kat Pasar Pagi Stadium Shah Alam hari Ahad.kat situ memang bersepah puak puak penipu ni mencari makan dengan menipu.hah tak caya try lah datang beli.fuhh.murah kan.sebab aku dah kena lah ni aku nak bagitau.selain pendrive.memory card micro SD pun ada yang tiruan jugak,yang ni pun aku ada beli,kalau kat Uptown Danau Kota pun ada jual jugak memang murah gile beb.member aku sendiri yg meniaga kat sini pun diorang kencing jugak.pelik kann.Gentle la aku cakap tak guna beli barang yang terlalu murah ni.tapi yang peliknye kedai yang menjual barang barang macam ni langsung tak kena apa apa tindakan dari pihak berwajib.so.korang takpayah lah membazir beli pendrive/memorycard yang murah tapi tak boleh nak guna kan.bak kata pepatah "alah membeli menang memakai"
hehehe gambar contoh ni aku rembat kat google harap harap owner gambar ni tak marah okeyy.



Page page Social yang aku ada

ok korang yang kaki kaki add add follow follow meh la follow link link page aku ni.
pastu jangan add je,korang komen komen la yerr.like like ke poke poke macam lagu Aliff Aziz kan.Jangan baca je kasi follow okeyy.penat aku menaip ni.

Facebook
Twitter
Instagram
flickr

lagi satu kalau ada cadangan atau benda benda yg korang tak berpuas hati boleh lah send email kat sini
hehe.
dsmohdfazrie90@gmail.com

I City Shah Alam

oke oke.
kali ni nak cerita pulak pengalaman aku masuk ke i city shah alam.hehe
kalau cakap bab parking kereta kat sini memang lah mahal gile .sekali masuk RM 10 tu.so kalau korang nak masuk tu masuk la lama lama sikit sebab tak lah membazir kan.lagi bagus kalau korang share kereta tu.kan .lepas parking kan,aku teruslah pegi ke ferries wheel.ingatkan naik free tapi satu kepala dia akan charge RM 10.mahal kan tapi rasanya memang best la naik benda ni.tapi sebab aku first time naik benda ni aku teramatlah takut hihihi(gayat la)lagi baik kalau korang bawak kamera sendiri untuk photoshoot sebab diorang sendiri pun ade menyediakan khidmat menangkap gambar tapi kena charge la untuk printing gambar tu.tapi aku rasa lagi baik kalau korang bawak kamera sendiri dari rumah kan.ishh,kamera phone kan ade.tapi memang best gile la naik benda ni sebab dia tinggi .haha.kalau jatuh gerenti terus tertanam.



gambar yang kedua tu lah yg aku panggil rumah salji.charge masuk kat snow walk ni RM 35 kalau takde member card,tapi kalau ada member card charge dia cuma RM 30 untuk seorang dewasa.kalau budak budak kecik lagi murah. 


sebelum masuk snowalk tu diorang akan bagi korang jacket tau sebab kat dalam tu sangat lah sejuk .suhu dia dalam lingkungan -5 rasanya lahh.korang boleh lepak lepak dalam tu seberapa lama korang nak tapi rasanya korang kena standbykan sarung tangan dari rumah sebab kat sini boleh sewa sarung tangan tapi manjang habis je orang sewa.(rasanya tu taktik diorang taknak bagi korang duduk lama lama dalam tu kot)kasut pun ada sewa jugak .jangan la pakai kasut tumit tinggi lak time nak masuk tu sebab kat dalam tu licin der.kalau sewa kasut kena lagi RM 10+RM 10 deposit.(pandai kan diorang ni)
so kalau nak lepak dalam tu lama lama korang standby la pakaian yang sesuai dari rumah.kalau tak masuk 20 minit korang dah nak keluar sebab tak tahan sejuk gile beb.
wahhh.pandai juga aku menaip kan.mcm diari pulak rasanya.oke lahh.la nanti aku upload lagi cerita aku kat i city shah alam ni.tapi memang best beb kat sini.yang kat bawah ni la pic pic nye.